Pengenalan
Instrumen perkusi pada dasarnya
merupakan benda apapun yang dapat menghasilkan suara baik kerana dipukul, digoncang,
digosok, diadukan, atau dengan cara apapun yang dapat membuat getaran pada
benda tersebut. Istilah instrumen perkusi biasanya digunakan pada benda yang
digunakan sebagai pengiring dalam suatu permainan muzik.
Permainan alat perkusi ini telah lama
wujud tanpa disedari .Contohnya manusia zaman dahulu mengetuk dinding-dinding
gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil
bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi
maksud tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan
bagi sesuatu upacara adat kelompok kaum berkenaan.
Permainan muzik perkusi memerlukan
disiplin tinggi dan perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar
menghasilkan bunyi yang estetik..Setiap alat perkusi yang dimainkan perlu
mengikut skor lagu yang telah ditetapkan . Tanpa disiplin yang tinggi
persembahan tidak mungkin berjaya. Pemain berbaris mengikut kumpulan alat.
Seorang konduktor akan mengawal persembahan.
Permainan alat muzik dapat melatih
pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan
pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik.
Alat-alat perkusi (genderang)
Diperolehi dari http://syaharimanhamid.blogspot.com
Sesi pengajaran dan pembelajaran muzik diprasekolah (bermain alat perkusi)
Sesi pengajaran dan pembelajaran muzik diprasekolah (bermain alat perkusi)
No comments:
Post a Comment