Bunyi-bunyian yang terhasil dari
pelbagai sumber yangmempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang
berlainan dan memberi satu gabungan atau idea yang berlainan.
Hasil dan mutu sesuatu bunyi-bunyian itu adalah disebabkan
oleh alat itu sendiri, dibuat daripada bahan-bahan tertentu dan dibunyikan.
Aktiviti pergerakan kreatif mengikut
muzik
Standard Pembelajaran Kreativiti (
Muzik) Prasekolah - Nyanyian
2.1 Mengambil
bahagian dalam aktiviti menyanyi.
2.1.1 Menyanyikan melodi mudah ( contoh Hmm..La..)
2.1.2 Menyanyi lagu yang mudah dengan iringan
muzik.
2.1.3 Menyanyi lagu yang mudah mengikut tempo
(iaitu cepat dan lambat)
2.1.4 Menyanyi lagu yang mudah dengan sebutan
jelas.
2.1.5 Menyanyi lagu yang mudah dengan perasaan dan
ekspresi.
2.1.6 Menyanyi lagu yang mudah dengan gerakan.
2.2 Mengambil
bahagian dalam aktiviti memainkan perkusi.
2.2.1 Mengecam bunyi perkusi dan menamakan jenis alat yang
dibunyikan. (Contoh,kastenet,kerincing,maracas,drum)
2.2.2 Menghasilkan bunyi perkusi badan.(hentak kaki,tepuk tangan,petik
jari)
2.2.3 Memainkan perkusi dengan iringan muzik dengan bimbingan.
2.3 Mengambil
bahagian dalam aktiviti penerokaan bunyi.
2.3.1 Meneroka bunyi menerusi bahan atau objek improvisasi dengan
bimbingan
(penerokaan melibatkan bunyi,irama,kesan bunyi dll)
2.3.2 Memainkan alat improvisasi bagi mengiringi
nyanyian dengan bimbingan guru.
2.4 Menunjukkan
apresiasi muzik.
2.4.1 Membuat gerakan anggota badan mengikut lirik
lagu (sing with action)
2.4.2 Menggerakkan anggota badan secara kreatif mengikut muzik dengan
bimbingan guru.
2.4.3 Mengenal elemen muzik dengan bimbingan.
- kuat - lembut (dinamik)
- cepat - lambat (tempo)
- tinggi - rendah (pic)
- panjang - pendek (irama)
- sedih - gembira - bersemangat (mud)
No comments:
Post a Comment