Pengenalan
Pendidikan muzik Prasekolah
terkandung dalam Tunjang Fizikal dan Estetika. Pendidikan muzik bagi kanak-kanak melibatkan perkembangan kreatif dan daya
estetika. Terdapat beberapa aktiviti
yang terkandung dalam pendidikan muzik, aktiviti tersebut ialah aktiviti
nyanyian, pergerakan, pendengaran, penciptaan, permainan alat dan respon kepada
visual dan verbal bunyi-bunyian. Pendidikan Muzik bukan sekadar untuk berhibur
tetapi turut dapat menyumbangkan kepada perkembangan kanak-kanak secara
menyeluruh yang meliputi perkembangan intelek, emosi, sosial dan fizikal. Muzik
perlu menjadi tunjang dan nadi kurikulum pendidikan di sekolah. Muzik dapat
memperkembangkan JERIS. Mengikut kajian yang dibuat oleh The San Jose Unified
School District Project di AS, tahap pencapaian murid yang mempunyai muzik
sebagai mata pelajaran utama lebih baik daripada sekolah yang meluangkan masa
sedikit untuk mata pelajaran muzik.
Oleh itu sistem pendidikan yang
mengandungi unsur kreativiti harus dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil
lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui
norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan
mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi
proses tumbesaran mereka.
Menurut falsafah dan konsep Zoltan Kodaly
,Pengajaran dan Pembelajaran muzik perlu berlaku awal di prasekolah.
Kanak-kanak mudah menerima dan mudah terpengaruh. Mereka perlu dibimbing dan
belajar muzik awal di prasekolah supaya tidak terdedah kepada muzik yang tidak
bermutu. Menyanyi dan menggerakkan tubuh badan dapat memperkembangkan mental
dan fizikal kanak-kanak.
Swanwick K and Talor D.(1982),
menyatakan muzik boleh dijadikan satu perantaraan untuk bersosial dan
merenggangkan emosi yang tegang.Muzik juga telah menjadi sebahagian daripada
budaya dalam masyarakat Malaysia. Kanak-kanak secara semula jadinya cukup cepat
terangsang kepada bunyi muzik yang mereka dengari. Lazimnya juga kanak-kanak
akan merasa selesa melahirkan ekpresi melalui muzik, irama dan ton yang
merupakan asas-asas dalam pendidikan muzik.
“ Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama
(hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat
pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah
semuanya keseronokan naluri yang dianugerahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya
memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan
dalam memulihkan semula tenaga”
(Syaikh Syaltut menggunakan hujah
Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208
No comments:
Post a Comment