Friday, 16 November 2012
Penerokaan bunyi
Bunyi-bunyian yang terhasil dari
pelbagai sumber yangmempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang
berlainan dan memberi satu gabungan atau idea yang berlainan.
Hasil dan mutu sesuatu bunyi-bunyian itu adalah disebabkan
oleh alat itu sendiri, dibuat daripada bahan-bahan tertentu dan dibunyikan.
Aktiviti pergerakan kreatif mengikut
muzik
Standard Pembelajaran Kreativiti (
Muzik) Prasekolah - Nyanyian
2.1 Mengambil
bahagian dalam aktiviti menyanyi.
2.1.1 Menyanyikan melodi mudah ( contoh Hmm..La..)
2.1.2 Menyanyi lagu yang mudah dengan iringan
muzik.
2.1.3 Menyanyi lagu yang mudah mengikut tempo
(iaitu cepat dan lambat)
2.1.4 Menyanyi lagu yang mudah dengan sebutan
jelas.
2.1.5 Menyanyi lagu yang mudah dengan perasaan dan
ekspresi.
2.1.6 Menyanyi lagu yang mudah dengan gerakan.
2.2 Mengambil
bahagian dalam aktiviti memainkan perkusi.
2.2.1 Mengecam bunyi perkusi dan menamakan jenis alat yang
dibunyikan. (Contoh,kastenet,kerincing,maracas,drum)
2.2.2 Menghasilkan bunyi perkusi badan.(hentak kaki,tepuk tangan,petik
jari)
2.2.3 Memainkan perkusi dengan iringan muzik dengan bimbingan.
2.3 Mengambil
bahagian dalam aktiviti penerokaan bunyi.
2.3.1 Meneroka bunyi menerusi bahan atau objek improvisasi dengan
bimbingan
(penerokaan melibatkan bunyi,irama,kesan bunyi dll)
2.3.2 Memainkan alat improvisasi bagi mengiringi
nyanyian dengan bimbingan guru.
2.4 Menunjukkan
apresiasi muzik.
2.4.1 Membuat gerakan anggota badan mengikut lirik
lagu (sing with action)
2.4.2 Menggerakkan anggota badan secara kreatif mengikut muzik dengan
bimbingan guru.
2.4.3 Mengenal elemen muzik dengan bimbingan.
- kuat - lembut (dinamik)
- cepat - lambat (tempo)
- tinggi - rendah (pic)
- panjang - pendek (irama)
- sedih - gembira - bersemangat (mud)
Alat Muzik (perkusi) Tradisional
Pengenalan
Alat muzik tradisional ini diperkenalkan kepada murid-murid
prasekolah bertujuan mengenali alat muzik tradisional Malaysia.Selain itu
tanamkan cinta kepada unsure-unsur tradisional Negara yang makin ditinggal oleh
generasi masa kini.
CAK LEMPONG
Diperbuat dari perunggu berbentuk periuk.Berbusut di
tengah-tengah pemukanya.
Fungsi
Digunakan dalam muzik tradisional Minangkabau yang terdapat
di Negeri Sembilan dan Perak bagi kegunaan iringan pencak silat, tarian piring,tarian
lilin,tarian inai (Terinai),mengarak pegantin,randai dan pelbagai lagu
tempatan.
Cara bermain
Gong-gong diatur berbaris melintang diatas para panjang dan
dipalu pada busutny dengan sepasang pemalu oleh seorang pemain.
ANGKLUNG
Diperbuat daripada batang-bantang buluh yang tidak sama
ukuran, setiap satu mempunyai pic tertentu.Batang-bantang buluh ini terbuka
pada satu hujung dan tertutup dengan bukunya pada satu hujung lain. 2 - 3
batang dipasang pada satu bingkai khas yang membolehkannya bergerak bila
bingkai ini digoncang.
Fungsi
Digunakan untuk muzik berkumpulan untuk mengiringi tarian
seperti kuda kepang di Johor.
Cara bermain
Bingkai dipegang dengan kedua-dua belah tangan dan digoncang
untuk mengeluarkan bunyi.
KOMPANG
Sejenis alat muzik paluan serumpun dengan gendang .Ianya
dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan
nyanyian.
Fungsi
Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika mengarak
pengantin, atau pembesar Negara atau disatu majlis rasmi. Kompang juga masyur
di kalangan masyarakat Islam di Sabah dan kalangan suku Bajau.
Cara bermain
Alat ini dimainkan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan
tangan atau jari.
REBANA BESAR
Rebana mempunyai satu muka berbentuk bulat.Belulang kerbau
dipasang dan disirat dengan pasak-pasak kayu yang terdapat di kakinya.Ada tiga
saiz.
Fungsi
Digunakan untuk mengiringi nyanyian korus oleh
penyanyi-penyanyi lelaki.Di Kelantan digunakan untuk Dikir Rebana Besar di
Majlis Perkahwinan atau apa-apa keramaian.
Cara bermain
Rebana digantung melintang dan dipalu dengan tangan. Satu
setnya mengandungi tiga buah.
Cara-cara bermain alat perkusi
Cara Memainkan Dram Bes
Dram bes menggunakan “stand” atau digantung dan disandarkan
pada bahagian perut pemain. Ia menggunakan pemukul khas. Paluan bahagian tengah
muka dram pad kiri dan kanan. Dram juga boleh dipalu dengan menggunakan sebelah
tangan sahaja.
Cara mengendali dan memainkan dram tenor :
1. Laraskan
ketinggian dram ke paras pinggang.
2. Berdiri
dengan selesa dan tidak rapat dengan badan dram, atau
3. Sangkutkan
dram pada badan menggunakan tali selepang.
4. Pegang kayu
pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
5. Gunakan
pemukul khas (mallet) dan palu permukaan dram sebelah atas
Cara memegang dan memainkan loceng :
1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam
bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.
2. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan.
Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam
loceng.
Diperolehi dari http://syaharimanhamid.blogspot.com
Cara memegang dan memainkan kastenet
Cara memegang dan memainkan kastanet :
Biasanya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada
jari tengah dan biarkan kastanet terletak di atas tapak tangan kiri @ kanan.
Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.
Biasanya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:
1. Pegang tamborin dengan tangan kanan dan
goyangkan ke kiri dan ke kanan
2.
Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau
kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.
Diperolehi dari http://syaharimanhamid.blogspot.com
Cara memegang dan memainkan tik-tok
- Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan.
- Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.
Diperolehi dari http://syaharimanhamid.blogspot.com
Permainan alat perkusi
Pengenalan
Instrumen perkusi pada dasarnya
merupakan benda apapun yang dapat menghasilkan suara baik kerana dipukul, digoncang,
digosok, diadukan, atau dengan cara apapun yang dapat membuat getaran pada
benda tersebut. Istilah instrumen perkusi biasanya digunakan pada benda yang
digunakan sebagai pengiring dalam suatu permainan muzik.
Permainan alat perkusi ini telah lama
wujud tanpa disedari .Contohnya manusia zaman dahulu mengetuk dinding-dinding
gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil
bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi
maksud tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan
bagi sesuatu upacara adat kelompok kaum berkenaan.
Permainan muzik perkusi memerlukan
disiplin tinggi dan perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar
menghasilkan bunyi yang estetik..Setiap alat perkusi yang dimainkan perlu
mengikut skor lagu yang telah ditetapkan . Tanpa disiplin yang tinggi
persembahan tidak mungkin berjaya. Pemain berbaris mengikut kumpulan alat.
Seorang konduktor akan mengawal persembahan.
Permainan alat muzik dapat melatih
pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan
pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik.
Alat-alat perkusi (genderang)
Diperolehi dari http://syaharimanhamid.blogspot.com
Sesi pengajaran dan pembelajaran muzik diprasekolah (bermain alat perkusi)
Sesi pengajaran dan pembelajaran muzik diprasekolah (bermain alat perkusi)
Nyanyian di prasekolah.
Pengenalan
Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan
suara dalam bentuk tertentu yang bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang
disenangi. Ia merupakan salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk
mengembirakan hati. Nyanyian boleh dilakukan dengan bantuan alat muzik atau
hanya dengan secara bertepuk tangan dan sebagainya. Nyanyian memerlukan daya
kreativiti manusia dan dianggap sebagai salah satu cabang seni. Mereka yang
menyanyi digelar penyanyi. Bidang
nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan,
pernafasan dan teknik pengeluaran suara.
Nyanyian dan gerakan
Muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada
pelajar menggunakan tubuh badan sebagai respon kepada muzik. Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi
aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran
muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya
dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik
secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘nonverbal’ .Oleh itu respon kepada
muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di
bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh
dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.
Subscribe to:
Posts (Atom)