Thursday, 13 December 2012

Pengenalan

Pendidikan muzik Prasekolah terkandung dalam Tunjang Fizikal dan Estetika. Pendidikan muzik untuk kanak-kanak melibatkan perkembangan kreatif dan daya estetika. Beberapa aktiviti yang terdapat dalam pendidikan muzik, aktiviti tersebut mengandungi aktiviti nyanyian, pergerakan, pendengaran, penciptaan, permainan alat dan respon kepada visual dan verbal bunyi-bunyian. Muzik bukan sekadar untuk berhibur tetapi turut dapat menyumbangkan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh yang meliputi perkembangan intelek, emosi, sosial dan fizikal. Muzik perlu menjadi tunjang dan nadi kurikulum pendidikan di sekolah. Muzik dapat memperkembangkan JERIS. 

Mengikut kajian yang dibuat oleh The San Jose Unified School District Project di AS, tahap pencapaian murid yang mempunyai muzik sebagai mata pelajaran utama lebih baik daripada sekolah yang meluangkan masa sedikit untuk mata pelajaran muzik. Oleh itu sistem pendidikan yang mengandungi unsur kreativiti harus dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.

 Menurut falsafah dan konsep Zoltan Kodaly ,Pengajaran dan Pembelajaran muzik perlu berlaku awal di prasekolah. Kanak-kanak mudah menerima dan mudah terpengaruh. Mereka perlu dibimbing dan belajar muzik awal di prasekolah supaya tidak terdedah kepada muzik yang tidak bermutu. Menyanyi dan menggerakkan tubuh badan dapat memperkembangkan mental dan fizikal kanak-kanak. Swanwick K and Talor D.(1982), menyatakan muzik boleh dijadikan satu perantaraan untuk bersosial dan merenggangkan emosi yang tegang.Muzik juga telah menjadi sebahagian daripada budaya dalam masyarakat Malaysia. 

Kanak-kanak secara semula jadinya cukup cepat terangsang kepada bunyi muzik yang mereka dengari. Lazimnya juga kanak-kanak akan merasa selesa melahirkan ekpresi melalui muzik, irama dan ton yang merupakan asas-asas dalam pendidikan muzik. “ Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugerahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga” (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208

Friday, 16 November 2012

Pergerakan Kreatif

Rebana

Persembahan kompang

Persembahan Kompang

Persembahan Menggunakan Alat Perkusi

Persembahan Angklung

Persembahan Angklung

Cak Lempong

Aktiviti Permainan Alat Perkusi

Cara-Cara Bermain Alat Perkusi

Persembahan Nyanyian Prasekolah

Nyanyian dan Gerakan


Nyanyian dan gerakan



Penerokaan bunyi


            Bunyi-bunyian yang terhasil dari pelbagai sumber yangmempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gabungan atau idea yang berlainan. 

Hasil dan mutu sesuatu bunyi-bunyian itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri, dibuat daripada bahan-bahan tertentu dan dibunyikan.


















Aktiviti pergerakan kreatif mengikut muzik



Standard Pembelajaran Kreativiti ( Muzik) Prasekolah - Nyanyian

2.1       Mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi.

            2.1.1    Menyanyikan melodi mudah ( contoh Hmm..La..)

            2.1.2    Menyanyi lagu yang mudah dengan iringan muzik.

            2.1.3    Menyanyi lagu yang mudah mengikut tempo (iaitu cepat dan lambat)

            2.1.4    Menyanyi lagu yang mudah dengan sebutan jelas.

            2.1.5    Menyanyi lagu yang mudah dengan perasaan dan ekspresi.

            2.1.6    Menyanyi lagu yang mudah dengan gerakan.

2.2       Mengambil bahagian dalam aktiviti memainkan perkusi.

  2.2.1 Mengecam bunyi perkusi dan menamakan jenis alat yang dibunyikan.   (Contoh,kastenet,kerincing,maracas,drum)

            2.2.2    Menghasilkan bunyi perkusi badan.(hentak kaki,tepuk tangan,petik jari)

            2.2.3    Memainkan perkusi dengan iringan muzik dengan bimbingan.

2.3       Mengambil bahagian dalam aktiviti penerokaan bunyi.

             2.3.1 Meneroka bunyi menerusi bahan atau objek improvisasi dengan bimbingan 
                        (penerokaan melibatkan bunyi,irama,kesan bunyi dll)

            2.3.2    Memainkan alat improvisasi bagi mengiringi nyanyian dengan bimbingan guru.



2.4       Menunjukkan apresiasi muzik.

            2.4.1    Membuat gerakan anggota badan mengikut lirik lagu (sing with action)

            2.4.2   Menggerakkan anggota badan secara kreatif mengikut muzik dengan bimbingan guru.

            2.4.3    Mengenal elemen muzik dengan bimbingan.

  •    kuat - lembut (dinamik)
  •    cepat - lambat (tempo)
  •    tinggi - rendah (pic)
  •    panjang - pendek (irama)
  •   sedih - gembira - bersemangat (mud)

Alat Muzik (perkusi) Tradisional


Pengenalan

Alat muzik tradisional ini diperkenalkan kepada murid-murid prasekolah bertujuan mengenali alat muzik tradisional Malaysia.Selain itu tanamkan cinta kepada unsure-unsur tradisional Negara yang makin ditinggal oleh generasi masa kini.

CAK LEMPONG


Diperbuat dari perunggu berbentuk periuk.Berbusut di tengah-tengah pemukanya.

Fungsi

Digunakan dalam muzik tradisional Minangkabau yang terdapat di Negeri Sembilan dan Perak bagi kegunaan iringan  pencak silat, tarian piring,tarian lilin,tarian inai (Terinai),mengarak pegantin,randai dan pelbagai lagu tempatan.

Cara bermain

Gong-gong diatur berbaris melintang diatas para panjang dan dipalu pada busutny dengan sepasang pemalu oleh seorang pemain.

ANGKLUNG




Diperbuat daripada batang-bantang buluh yang tidak sama ukuran, setiap satu mempunyai pic tertentu.Batang-bantang buluh ini terbuka pada satu hujung dan tertutup dengan bukunya pada satu hujung lain. 2 - 3 batang dipasang pada satu bingkai khas yang membolehkannya bergerak bila bingkai ini digoncang.

Fungsi

Digunakan untuk muzik berkumpulan untuk mengiringi tarian seperti kuda kepang di Johor.
Cara bermain
Bingkai dipegang dengan kedua-dua belah tangan dan digoncang untuk mengeluarkan bunyi.

KOMPANG




Sejenis alat muzik paluan serumpun dengan gendang .Ianya dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian.







Fungsi

Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika mengarak pengantin, atau pembesar Negara atau disatu majlis rasmi. Kompang juga masyur di kalangan masyarakat Islam di Sabah dan kalangan suku Bajau.

Cara bermain

Alat ini dimainkan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau jari.

REBANA BESAR


Rebana mempunyai satu muka berbentuk bulat.Belulang kerbau dipasang dan disirat dengan pasak-pasak kayu yang terdapat di kakinya.Ada tiga saiz.








Fungsi

Digunakan untuk mengiringi nyanyian korus oleh penyanyi-penyanyi lelaki.Di Kelantan digunakan untuk Dikir Rebana Besar di Majlis Perkahwinan atau apa-apa keramaian.

Cara bermain

Rebana digantung melintang dan dipalu dengan tangan. Satu setnya mengandungi tiga buah.

Cara-cara bermain alat perkusi


Cara Memainkan Dram Bes

Dram bes menggunakan “stand” atau digantung dan disandarkan pada bahagian perut pemain. Ia menggunakan pemukul khas. Paluan bahagian tengah muka dram pad kiri dan kanan. Dram juga boleh dipalu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.




Cara mengendali dan memainkan dram tenor :

1.         Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang.

2.         Berdiri dengan selesa dan tidak rapat dengan badan dram, atau

3.         Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang.

4.         Pegang kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.

5.         Gunakan pemukul khas (mallet) dan palu permukaan dram sebelah atas


                                         Diperolehi dari http://syaharimanhamid.blogspot.com

Cara memegang dan memainkan loceng :

1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.

2. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.








Cara memegang dan memainkan kastenet

Cara memegang dan memainkan kastanet :
Biasanya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari tengah dan biarkan kastanet terletak di atas tapak tangan kiri @ kanan. Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.




Biasanya  tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:

1.   Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan

2.   Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.





Cara memegang dan memainkan tik-tok
  1. Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan.
  2. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.






Permainan alat perkusi


Pengenalan

             Instrumen perkusi pada dasarnya merupakan benda apapun yang dapat menghasilkan suara baik kerana dipukul, digoncang, digosok, diadukan, atau dengan cara apapun yang dapat membuat getaran pada benda tersebut. Istilah instrumen perkusi biasanya digunakan pada benda yang digunakan sebagai pengiring dalam suatu permainan muzik.

          Permainan alat perkusi ini telah lama wujud tanpa disedari .Contohnya manusia zaman dahulu mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan bagi sesuatu upacara adat kelompok kaum berkenaan.

             Permainan muzik perkusi memerlukan disiplin tinggi dan perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik..Setiap alat perkusi yang dimainkan perlu mengikut skor lagu yang telah ditetapkan . Tanpa disiplin yang tinggi persembahan tidak mungkin berjaya. Pemain berbaris mengikut kumpulan alat. Seorang konduktor akan mengawal persembahan.

          Permainan alat muzik dapat melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik.








Alat-alat perkusi (genderang)

Diperolehi dari http://syaharimanhamid.blogspot.com



















Sesi pengajaran dan pembelajaran muzik diprasekolah (bermain alat perkusi)

Nyanyian di prasekolah.


Pengenalan
Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara dalam bentuk tertentu yang bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi. Ia merupakan salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk mengembirakan hati. Nyanyian boleh dilakukan dengan bantuan alat muzik atau hanya dengan secara bertepuk tangan dan sebagainya. Nyanyian memerlukan daya kreativiti manusia dan dianggap sebagai salah satu cabang seni. Mereka yang menyanyi digelar penyanyi. Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara.

Nyanyian dan gerakan
Muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagai respon kepada muzik. Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘nonverbal’ .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.